E-Kamus-Malaysia

Cara mencetus Idea Perniagaan yang Unik dan Kreatif

Mungkin anda masih tercari-cari idea yang paling sesuai untuk anda jadikan produk perniagaan internet anda. Jika ini keadaan anda, cuba anda fikirkan dengan mendalam bagaimana mencungkil idea kreatif perniagaan yang baik dengan:

1. Meniru barangan keluaran orang lain yang sudah berjaya.

2. Mencipta cara yang lebih mudah untuk melakukan sesuatu.

3. Menghasilkan sesuatu yang belum ada dalam pasaran.

4. Mendengar rungutan.

5. Menggunakan hobi untuk menjalankan perniagaan.

6. Menghasilkan sesuatu untuk orang cacat.

7. mengembangkan kegunaan sesuatu benda.

8. menggabungkan dua kegunaan barang yang berbeza menjadi satu.

9. Meninggikan mutu barangan atau keluaran atau perkhidmatan.

10. Mengatasi kelemahan barangan keluaran pesaing.

11. memasarkan barang-barang mengikut musim perayaan.

12. Menyelesaikan sesuatu masalah.

13. Menyediakan keperluan asas.

14. Mengembangkan dan menggunakan kemahiran diri.

15. Memanfaatkan bahan yang terbuang.

Senarai di atas hanyalah sebagai contoh. Cuba anda senaraikan seberapa banyak idea yang anda fikirkan yang mungkin boleh dijadikan sebagai produk untuk diniagakan secara online. Kemudian pilih idea mana yang anda rasa yang paling sesuai.

” Untuk mencetus idea yang terbaik ialah dengan mempunyai seberapa banyak idea dahulu….”

Design by Blogger Templates