E-Kamus-Malaysia

10 Ciri Affiliate Program Paling Top


1- Program affiliate yang diusahakan oleh syarikat berdaftar (Suruhajaya Syarikat malaysia- “SSM” jika diMalaysia)

Program affiliate yang baik adalah program pemasaran (affiliate) yang diuruskan oleh sebuah syarikat berdaftar. Adakah anda tahu, kebanyakkan affiliate dahulunya dilakukan oleh individu, dan ia memungkinkan adanya penipuan dan tiada bantuan khusus kerana ia sekadar “one man show”. Bayangkan ianya dilakukan oleh individu tertentu, bagaimana bantuan yang anda harapkan? dan sudah tentu anda boleh bayangkan yang beliau tidak begitu serius untuk menjalankan perniagaan. Mungkin juga beliau hanya akan berada dipasaran sebentar selepas itu tidak lagi menjalankan perniagaan tersebut.

Bagaimana dengan pendapatan anda? apakah yang anda boleh harapkan darinya? bagaimana anda boleh perolehi perniagaan yang baik jika asyik berubah-ubah? jadi nasihat saya, mungkin dahulunya anda tidak kisah dengan affiliate program yang dijalankan oleh individu, tetapi hari ini perniagaan affiliate telah mencapai satu tahap dimana ia bukan hanya dilakukan mengikut musim, tetapi affiliate kini telah menjadi satu perniagaan sepanjang hayat malah ada affiliate hari ini boleh diwariskan kepada anak-anak pada masa hadapan.

2- Produk yang memberi nilai tambah pada pelanggan

Produk yang mampu memberi kebaikan kepada anda dan pengguna lain adalah satu produk perniagaan affiliate yang hebat. Mungkin anda rasa produk yang anda promosi hari ini cukup popular, tetapi tiada manfaat kepada pengguna lain, jadi kenapa mempromosi sedangkan anda tahu produk ini punyai jumlah masa hidup yang terhad (short life). Bagi saya, jangan lepaskan peluang pada produk yang tidak begitu popular hari ini, tetapi pada masa akan datang ia mampu memberikan anda sejumlah pulangan. Informasi adalah satu perkara yang penting, jika anda dapati adanya satu perniagaan yang baik tetapi masih belum popular itu lah peluang anda untuk berniaga. Seperti perniagaan konvesional, jika anda tahu sesuatu perkara itu lebih awal dari orang lain, perniagaan baru ini bakal menjanjikan keuntungan lumayan, jadi rebut peluang yang ada, mungkin anda tidak nampak hari ini popularitinya, tetapi jika produk itu amat berguna lekas-lekas dapatkan platform untuk mempromosi perniagaan affiliate tersebut.

3- Produk yang diyakini mampu untuk bersaing & berkembang

Bagaimana anda boleh katakan produk ini mampu berkembang? kerap kali saya dengari keluh kesah “affiliate marketer Malaysia” yang acap kali hanya memasarkan produk affiliate seperti ebook dan tips-tips murahan yang tidak seberapa, adakah anda tahu.. ebook adalah satu contoh produk yang punyai jangka hayat yang bersifat sementara? lihatlah dengan koleksi ebook yang pelbagai dipasaran dan pemilik ebook itu sendiri kerap kali bertukar-tukar ebook yang sama. Malah ada diantaranya isi ebook itu amat lemah dan umum mengetahuinya dan ada produk tertentu lebih teruk ianya adalah himpunan koleksi atau tulisan semula dari idea asal penulis berbahasa inggeris dari luar negara. Jadi ini akan menyebabkan motivasi anda sebagai pemasar affiliate rebah dan hilangnya reputasi kerana anda kerap kali bertukar-tukar produk mempromosi.

Pendapat saya, produk affiliate yang terbaik untuk anda promosi adalah satu produk yang punyai nilai dan berbentuk perkhidmatan. jadi carilah satu produk perniagaan yang berguna dan berbentuk perkhidmatan, kerana setiap perniagaan itu tidak kiralah virtual atau konvesional pokoknya adalah belian ulangan (repeat sales). Jika anda dapati pernigaan itu mampu untuk membuatkan pelanggan anda membelinya sekali lagi, itulah yang membuatkan pernigaan anda terjamin untuk selamanya.

4- Mempunyai produk produksi tersendiri (Inhouse productions)

Ciri keempat produk atau program affiliate yang terbaik adalah satu produk yang dihasilkan oleh syarikat dan dikuasai oleh syarikat terbabit. Ianya terletak pada keunikan dan bentuk perkhidmatan itu sendiri. Sebagai contoh, affiliate program dari topup prepaid dan SMS. memanglah secara asasnya produk prepaid amat tinggi permintaanya. Tetapi berapa jumlah komisen yang diberi? bukan mengikut jumlah komisen dari seberapa ramai yang anda jual, tetapi anda harus tahu ianya berkait rapat dengan pembekal ketiga selain dari syarikat pengganjur.

Masalah ini amat jelas, kerana perniagaan topup prepaid atau perniagaan SMS ini dikuasai oleh syarikat telco (telekomunikasi) dan syarikat yang menjalankan perniaggaan ini hanyalah pihak ketiga. Jadi amat sukar untuk kebanyakkan affiliate marketer untuk mempromosi produk tersebut kerana komisen yang rendah dan perlukan komitmen yang lain dan berisiko tinggi kebarangkalian untuk anda gagal. Tidak kira sebesar mana jualan anda, produk telekomunikasi seperti topup prepaid dan bisnes SMS hanya akan mengguntungkan syarikat telco semata-mata. Nasihat saya, elakkan mempromosi perniagaan topup prepaid dan sms kerana anda akan berulangkali mengulangi kesilapan dahulu.

5- Ciri perniagaan yang mampu untuk berkembang

Adakah hari ini anda telah menjumpai satu perniagaan internet yang sebenar? ramai diantara manusia-manusia yang mengatakan mereka adalah usahawan internet. Tetapi apakah yang mereka jual? Kebanyakkan mereka apabila saya katakan apakah perniagaan internet anda? mereka dengan slumber mengatakan saya punyai satu blog dan menjadi penerbit kepada “THE BIG G”. Saya hanya katakan wow! hebat, dan terus menukar topik lain.

Kesilapan disini adalah ramai yang mengatakan mereka menjalankan perniagaan internet, tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah perniagaan internet. Sekali lagi saya katakan GOOGLE ADSENSE bukanlah satu perniagaan. Anda tidak melakukan apa-apa… memang ramai yang mengatakan mereka perolehi pendapatan 20K-30K sebulan dengan adsense, tetapi apakah benar? jika mereka punyai lebih dari 1 juta unique visitor setiap hari kemungkinan ada, tapi boleh dibilang dengan jari laman-laman web adsense seperti itu.

Anda boleh meletakkan banner adsense didalam blog atau web anda, tetapi jangan lah beranggapan Adsense itu perniagaan anda. Dengan polisi Adsense yang sentiasa berubah-ubah akan membuat anda hilang punca apabila anda tidak lagi dapat menggunakan Adsense. Carilah satu perniagaan berbentuk CPA (cost per Action). Promosi produk affiliate berdasarkan CPA, kerana ia jauh lebih baik dari adsense kerana ramai yang sudah bias dengan Adsense. Jika anda meletakkan Adsense sebagai sumber utama pendapatan internet anda ini bermakna anda sebenarnya masih jauh ketinggalan.

6- Selidik potensi produk masa hadapan

Bagaimana anda boleh tahu produk affliate ini punyai prospek hadapan? Pertama sekali kenali industri tersebut, adakah ramai yang memerlukan produk tersebut. Mungkin anda tidak tahu dan mungkin tidak sedar, kebanyakkan affiliate popular diUSA adalah program perkhidmatan berbentuk CPA. Kerana produk berdasarkan pencapaian ini amat tinggi nilai kormesil dengan bantuan dan teknik yang betul anda pasti akan berjaya.

DiMalaysia kita masih kurangnya perniagaan internet berdasarkan CPA. Walaupun ada tetapi mereka ini basih didalam sekumpulan kecil. Ada pula satu program affiliate Malaysia yang berjaya di Singapura. Tetapi tidak diMalaysia. Ini amat menghairanan saya, mungkin affiliate marketer diSingapura lebih cepat memahami dari rakan-rakan kita diMalaysia yang masih termimpi-mimpi dan ketakutan apabila ada saja perniagaan affiliate yang memerlukan kita mencuba atau mengeluarkan modal.

Mungkin ada tertanya-tanya, dan mungkin juga anda pernah mempromosi produk affiliate berdasarkan CPA. Tetapi tidak pernah pula anda memperolehi pendapatan yang boleh dibanggakan sedangan orang lain dengan mudah perolehi pendapatan RM5K-RM10K sebulan.

Cost per Action atau CPA adalah satu kaedah pemasaran dimana anda akan memperolehi komisen berdasarkan pencapaian, bermakna ada jualan, adalah komisen. Tiada jualan tiadalah komisen.

Baiklah kita lari topik sikit, CPA punyai 2 kategori berbeza, apa yang membezakannya adalah status anda.

1. Status sebagai affiliate yang mendaftar percuma sebagai affiliate dan ingin mendapatkan wang percuma.

2. Status sebagai VIP affiliate yang membeli dan telah mencuba produk affiliate terbabit

Saya ingin bertanya kepada anda, siapakah golongan affiliate diatas yang punyai sifat usahawan sebenar (genuine entrepreneur)? Sudah tentulah affiliate atau pemasar kedua (2). Ini kerana mereka yang telah mencuba produk ini lebih arif mengenai produk tersebut.

Apakah pandagan pembeli jika mereka mengetahui anda akan perolehi wang percuma apabila mereka membeli dari link affiliate percuma anda? walau terdesak manapun mereka, mereka akan terus menghubungi admin dari mungikuti link affiliate anda. Kerana itulah walau anda telah mempromosi produk tertentu selama 6 bulan atau 1 tahun produk terbabit tidak pernah pula memberi anda walau 1 sen dari komisen.

Berbeza dengan satus sebagai Affiliate yang agak tertutup, kerana anda hanya layak untuk mempromosi produk syarikat ini apabila anda sendiri telah mencuba atau anda sendiri adalah pelanggan mereka. Dari sudut pembeli pula, mereka akan melihat anda lebih diyakini kerana anda sendiri telah mencuba produk terbabit. Tidak kiralah ianya berdasarkan produk atau perkhidmatan anda pasti akan memperolehi komisen lumayan dari affiliate program yang memerlukan anda upgrade atau menjadi ahli VIP, kerana ini adalah tanggapan pelanggan, anda tiada kuasa menghalangknya.

Ianya lebih praktikal, dan logik dan inilah rahsia yang tidak diketahui umum. Kesalahan apabila memilih perniagaan internet CPA adalah satu punca yang menyebabkan mereka mengalami kegagalan sekali lagi.

7- Rekod Bayaran cemerlang

Inilah saat dan waktu yang terpenting. Setelah berusaha mempromosi waktu bayaran haruslah tepat. Mungkin ada sedikit kelewatan tetapi hanya 2-3 hari masih boleh dipertimbangkan. Sebelum anda memasuki sesuatu perniagaan affiliate itu, cuba anda search di google dengan perkataan [nama affiliate] [scam] digoogle. Sila lihat adakah apa-apa masalah yang blogger atau webmaster lain hadapi. Jika tiada, semak sekali lagi 6 list diatas. Jika syarikat terbabit memenuhi syarat diatas. tahniah anda telah berjumpa dengan lubuk emas.

8- Khidmat pelanggan yang baik

Khidmat pelanggan adalah satu faktor, cuba hantarkan email atau gunakan chat discussion jika laman web terbabit menyediakan chat support. Bagi saya chat support adalah satu cara terbaik didalam khidmat pelanggan diinternet. Jika syarikat terbabit tiada sistem chat, cuba hantarkan email pada mereka. Jika mereka tidak menjawab sebarang email, ini bermakna mereka tidak mampu membantu anda apabila anda sebagai affiliate mereka. Mungkin anda harus menghubungi mereka melalui talian telefon. Telefon Syarikat terbabit, dan jika telefon juga tidak berjawab. Mungkin anda harus ulanginya beberapa kali, jika langsung tiada jawapan dari 20 panggilan yang dibuat. lupakan, cari yang lain.

9- Bantuan latihan (Jika ada)

Perniagaan internet sememangnya adalah satu niaga yang menggunakan internet. Perniagaan affiliate yang terbaik menyediakan satu modul latihan. Bukan semata-mata menyediakan modul untuk menggunakan produk, tetapi ciri-ciri perniagaan affiliate yang terbaik menyediakan latihan dan kaedah teknik mempromosi kepada usahawan atau pemasar internet dari segi teknik menjual dan motivasi berkesan kepada usahawan affiliate.

10- Sistem komisen yang lumayan (tidak menindas)

Komisen affiliate mungkin berbeza diantara syarikat. Ada diantaranya memberikan anda 10%, 25% ada diantaranya 70%. Secara logiknya pasti anda mahukan perniagaan affiliate yang memberikan anda 70% komisen berbanding 10%.

Benar, jumlah komisen amat penting jika anda inginkan perniagaan affiliate anda memberikan anda pendapatan yang konsisten. Banyak faktor yang menyebabkan sesebuah syarikat tertentu memberikan pemasar affiliate mereka komisen yang tinggi, dan kebanyakkan perniagan affiliate ini menyediakan perkhidmatan. Jadi carilah satu bisnes affiliate yang menyediakan perkhidmatan, agar momentum dan semangat anda terus kekal dengan komisen yang tinggi.

Pada hari ini bisnes affiliate telah banyak berubah dari 5 tahun sebelumnya. Dahulunya komisen anda mungkin hanya pada tahap two (2) tier, tetapi hari ini ada diantara syarikat yang menawarkan kumpulan tanpa had (unlimited groups). Pada hari ini usahawan affiliate bukan hanya memperkenal tetapi anda boleh membina kerjaya dan organisasi tersendiri didalam affiliate program.

Bukan itu sahaja, evolusi perniagaan internet tidak berhenti setakat itu. Perniagaan affiliate yang mementingkan “human connection” bukan semata-mata memberi anda satu perniagaan, bukan juga melantik anda sebagai agen, tetapi usahawan affiliate hari ini boleh juga memperolehi komisen dari royalti jualan syarikat.

Walaupun tanpa menjual, anda tetap akan perolehi komisen dengan royalti jualan. Inilah satu evolusi yang memberikan perkhabaran gembira kepada pemasar affiliate baru, kerana kebanyakkan mereka masih baru dan masih berjinak-jinak dengan pernigaan internet.

Mungkin anda akan mengatakan evolusi perniagaan affiliate ini seperti program yang lain, tetapi matlamat sebenarnya adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak mampu menjual atau masih baru satu peluang untuk perolehi komisen. Salahkah syarikat yang menyediakan satu teknologi terbaik dan memberi penghargaan kepada affiliate mereka dengan ganjaran tambahan. Dari mereka yang kononya mengatakan mereka melakukan perniagaan affiiate sebenar tetapi hanya meguntungkan pemilik affiliate semata-mata? dan kerap kali pemasar-pemasar internet ini bertukar-tukar mempromosi bisnes internet tetapi semuanya tidak menjadi. Malah ada diantaranya tidak langsung memperolehi sebarang pulangan dari mempromosi, lebih teruk mereka terpaksa berpura-pura mengatakan, “saya masih baru.. banyak saya harus belajar sebelum berjaya seperti otai-otai blogger”… maksud saya, bukan semua bloggers boleh jadi blogger..

Design by Blogger Templates