E-Kamus-Malaysia

Apa itu affiliate program?


Apa itu affiliate program? Mungkin anda pernah mendengar pelbagai kaedah mencari wang di internet melalui affiliate program. Tetapi adakah benar anda mungkin akan memperolehi pendapatan dengan program affiliate?

Ramai juga yang berpendapat Affiliate program adalah satu skim atau program cepat kaya, malah ada tanggapan affiliate program adalah sama seperti skim pelaburan atau Multi level marketing (MLM) dan paling kronik lagi mengatakan affiliate program dalah satu skim internet haram.

Pendapat negatif diatas adalah sama sekali salah, dan ianya harus diubah. Pemasar internet yang matang dan telah bertahun-tahun lamanya memasarkan produk afffiliate pasti tahu bahawa perniagaan internet pada hari ini telah mejangkaui dan telah berevolusi dengan pantas.

Mari kita kaji dan lihat perspektif affiliate yang sebenar. Affiliate Program adalah satu kaedah pemasaran yang digunakan oleh syarikat pengeluar produk atau perkhidmatan untuk memasarkan produk dengan memberi yuran komisen dari setiap jualan.

Boleh dikatakan juga, pemasaran Affiliate adalah satu strategi pemasaran online dimana syarikat tertentu akan membayar anda beberapa peratus keuntungan jualan dari setiap pelanggan online yang mereka perolehi dari link affiliate yang disediakan.

Ianya juga boleh dikatakan satu program perdagangan elektronik pada pemilik laman web (untuk cth, sebuah laman web mengenai keusahawanan) yang akan menghantar pelawat ke laman web jualan (seperti laman web pengiklanan) untuk membeli mana-mana pakej pengiklanan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Entiti perniagaan itu akan berkongsi keuntungan dari setiap jualan dengan pemilik web yang memperkenalkan tawaran milik entiti perniagaan terbabit.

Affiliate program juga adalah satu program pembangunan pemasaran yang dilakukan oleh pihak ketiga atau syarikat itu sendiri. Ia memberi satu ruang untuk pemilik web atau usahawan bebas mempromosi produk atau perkhidmatan tertentu. Sebagai pertukaran, Syarikat atau entiti perniagaan terbabit akan menyediakan wang komisen pada setiap jualan. Affiliate yang terbaik kebanyakkannya akan memberi anda komisen apabila mereka memperolehi sebarang jualan dari pakej dan tawaran promosi yang diberikan.

Ramai yang tertanya-tanya adakah benar atau tidak pemasaran affiliate mampu memberikan mereka satu ruang baru untuk menambah pendapatan. Mari kita lihat dengan lebih dalam sedikit, apakah ciri-ciri perniagaan affiliate yang mampu memberikan anda sebarang pendapatan yang berpanjangan? benar atau tidak ia mampu mengubah cara hidup anda dengan mempromosi produk syarikat affiliate? anda tentukan…

Baik, pelbagai persoalan mungkin timbul sekarang, tetapi adakah anda tahu bahawa, sebelum anda memilih untuk memulakan atau mempromosi perniagaan affiliate anda harus memilih apakah produk affiliate yang anda promosi, tinggi atau tidak peluang untuk perniagaan anda berkembang, dan bagaimana struktur perniagaan dari segi komisen dan bagaimana anda boleh meyakini perniagaan ini mampu untuk bertahan lama dan yang paling penting adakah mereka membayar affiliate mereka komisen yang dijanjikan.

Program affiliate hari ini telah banyak berubah dari 5-10 tahun dahulu. Trend terbaru ini telah memberikan ramai pemasar internet satu pilihan terbaru untuk masih kekal dengan sistem affiliate lama atau tren affiliate yang baru. Disini disediakan beberapa tips sebelum anda memilih Program Affiliate.

Design by Blogger Templates