E-Kamus-Malaysia

Affiliate Marketing

Affiliate Marketing adalah salah satu cara memperoleh pendapatan dari internet. Di dunia perniagaan offline tentu anda pernah mendengar istilah agen, broker, maupun reseller. Sistem kerjanya iaitu, mereka yang berhasil menjual barang atau perkhidmatan dari pemilik produk/perkhidmatan akan mendapatkan komisen. Di dunia affiliate marketing juga menerapkan sistem ini. Anda dibayar komisen jika anda berjaya menjual produk/perkhidmatan seorang merchant atau affiliate merchant.

Apa yang paling penting untuk anda mula menyertai dan mempromosikan affiliate program kerana pendaftaran untuk menyertainya adalah percuma. Jika ada sebarang program affiliate yang memerlukan anda membayar yuran atau sebagainya, ianya bukannya program affiliate, dan tinggalkan segera!

Sebagai affiliate, anda akan dibayar komisen yang telah ditetapkan oleh affiliate merchant. Komisen adalah pelbagai , daripada 4% hinggalah 50%. Komisen ini akan dibayar kepada anda sekiranya anda membawa pelanggan kepada website merchant’s dan mereka membeli produk yang anda promosikan. Anda akan dibayar dengan cek setiap bulan jika jualan anda mencapai kuota yang ditetapkan.

Merchant atau affiliate merchant adalah orang atau perniagaan yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang mereka pasarkan melalui internet. Sementara anda yang tidak mempunyai produk/perkhidmatan untuk dijual, boleh membantu affiliate merchant tersebut dalam menjualkan produknya. Untuk setiap produk yang terjual, anda akan mendapatkan komisen.
Anda kini disebut "affiliate marketers" atau affiliate. Kadang-kadang anda juga disebut "associates" atau "program partners".

Salah satu merchant affiliate yang terkenal dan perintis kepada program affiliate ini ialah amazon.com. Jika anda mendaftarkan diri pada "affiliate program" seperti amazon.com , bermakna anda mendaftarkan diri menjadi salah satu anggota pemasar online mereka. Affiliate merchant hanya memberikan komisen kepada affiliate marketers hanya bila anda berjaya menjual produk/perkhidmatan yang ditawarkan.Bagaimana cara kerja affiliate marketing ini?

Dalam dunia perniagaan online, semua affiliate marketer melakukan penjualan melalui "link khusus" atau dikenal dengan istilah "affiliate link". Affiliate link ini diberikan oleh affiliate merchant (pemilik barang/perkhidmatan).Misalnya, anda menemukan sebuah produk baik yang ditawarkan di internet. Pemilik produk membuka program affiliate & menawarkan komisen sebesar 40% untuk setiap produk yang terjual.Kemudian anda boleh terus mendaftarkan diri menjadi affiliate marketernya dengan mengisi sebuah form yang sudah disediakan melalui halaman web yang ada. Biasanya merchant akan meminta anda untuk mengisi nama, alamat lengkap, nama penerima "cek" (untuk komisen), email, nombor telefon, dan sebagainya.Selanjutnya anda akan diminta untuk membaca "affiliate agreement" (perjanjian affiliate). Affiliate agreement adalah sebuah dokumen legal yang mengikat anda dengan affiliate merchant. Isinya biasanya menyatakan kesepakatan anda terhadap syarat & ketentuan yang ditetapkan oleh affiliate merchant, contohnya seperti tidak boleh mengirimkan email spam (email komersial yang tidak diminta oleh pemilik email tersebut).Affiliate agreement ini penting kerana jika anda melanggar syarat dan ketentuan yang telah tertulis di sana, affiliate merchant boleh menunda pembayaran atau bahkan mengeluarkan anda dari affiliate program mereka. Setelah anda bersetuju dan bersedia mematuhi affiliate agreement tersebut, affiliate merchant akan memberikan sebuah "affiliate link" untuk anda.

Sebagai contoh jika anda mendaftar menjadi peserta program affiliate syarikat amazon.com, anda akan mendapat link seperti berikut www.amazon.com/associates/ID1234 , di mana 1234 adalah ID anda. Anda juga diberi pilihan untuk meletak link dalam bentuk grafik atau banner.

Tugas anda selanjutnya adalah mempromosikan affiliate link tersebut hingga berlaku penjualan atau pembelian dengan sendiri apabila pelawat halaman web anda klik ke link tersebut . Apa yang menyeronokkkan, anda tidak perlu pening kepala tentang stok barang, pengiriman, administrasi pembayaran, dsb.

Serahkan semua pada merchant, biar merchant yang urus. Tugas anda hanya berpromosi, itu sahaja.Ringkasnya, semua produk/perkhidmatan yang dijual di dunia offline boleh juga dijual di dunia online/internetseperti tshirt, buku, komik, CD, perkhidmatan konsultan, perkhidmatan design, dsb.

Design by Blogger Templates