E-Kamus-Malaysia

Selamat Datang!

Blog Inspirasi niaga ini diilhamkan untuk mencari idea perniagaan baru secara online yang sering diuar-uarkan sebagai satu medium dan platform perniagaan yang baru. Penglibatan saya dalam dunia niaga dan keusahawanan secara konvensional bukan sesuatu yang accidental. Usaha yang bermula dengan menjual hasil kraftangan di kaki-kaki lima secara kecil-kecilan telah membawa saya mejadi pengusaha pembekalan pelbagai jenis barangan dan menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai jabatan, agensi dan orang perseorangan.

Kalau mahu dihimpunkan segala pengalaman, pelbagai rintangan dan ranjau telah saya lalui. Suka, duka, susah, senang menjadi ilmu yang sangat berharga. Jika orang lain telah membelanjakan banyak wang ringgit untuk mendapatkan segulung ijazah akademik, saya juga bangga untuk mengatakan bahawa nilai wang ringgit yang saya telah saya belanjakan selama ini telah menganugerahkan saya pengetahuan yang lebih berharga dari segulung ijazah iaitu pengalaman.

Melayari internet telah menjadi satu passion kepada saya untuk mencari inspirasi niaga. Seperti orang lain, saya juga tidak mahu ketinggalan dalam ruang siber yang menyediakan banyak coretan dan perkongsian pelbagai maklumat, artikel, pengalaman, inspirasi , isu-isu, pandangan peribadi dan hal-hal yang berkaitan dengan dunia keusahawan dan perniagaan.

Blog ini diilhamkan untuk jadikan sebagai saluran pelbagai maklumat berkaitan perniagaan internet dan perniagaan konvensional. Blog ini juga diharapkan akan menjadi wadah perkongsian pandangan dalam usaha kita untuk meneroka bidang perniagaan baru dalam era siber. Mudah-mudahan kita semua akan beroleh kejayaan.

Selamat Membaca...

Design by Blogger Templates