E-Kamus-Malaysia

Dari Mana Datangnya Idea Perniagaan Online?

Semua perniagaan yang berjaya pada mulanya berasal dari idea saja. Cuba kita lihat eBay, amazon.com, Disneyland, Microsoft, Pixar. Semua adalah perniagaan atau jenis perusahaan yang mengaut perolehan billion dolar. Mereka juga menjadi perniagaan langganan Fortune 500. Siapa yang tidak ingin memiliki perusahaan seperti ini? Dari mana idea-idea perniagaan berpotensi berjaya diperolehi?

Mendapatkan Idea Perniagaan Berpotensi

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, di mana ada peluang, di situ ada idea perniagaan. Oleh itu peluang apa yang boleh mewujudkan idea perniagaan? Preston J. Reuther berumur 55 tahun daripada New Orleans, USA. Beliau mempunyai satu hobi yang unik - membuat wires sculpture (arca dawai). Dengan hanya bermodal $40, beliau menjual hasil kraftangan menerusi internet.
Oleh kerana kurangnya pengetahuan mengenai komputer, beliau telah mengupah orang lain untuk membangunkan laman web niaga pertamanya. Setelah tiga kali gagal, Preston memberanikan diri untuk berjinak-jinak dengan komputernya. Beliau mempelajari kaedah membangunkan laman web dan teknik pemasaran e-biz yang berkesan. Akhirnya, e-biz beliau berjaya menjana pendapatan sehingga USD50,000 ke USD90,000 sebulan. Beliau kini menjual kemahiran beliau bagaimana untuk membuat wire sculptor jewelry di internet. Kini beliau berjaya membuka beberapa cawangan di India, Mexico, Puerto Rico, Ireland dan Thailand.
Sekiranya anda mempunyai hobi tertentu seperti memancing ikan, bermain muzik atau memasak. Anda boleh menghasilkan satu produk berinformasi seperti menulis sebuah buku yang berkaitan dengan hobi anda. Dengan strategi pemasaran yang betul; pasti buku anda akan terjual seperti goreng pisang panas di internet.

Mari kita baca kisah Bert Ingley.

Bert Ingley mempunyai hobi bermain permainan video. Walaupun bekerja secara freelance sebagai perekabentuk web, beliau sebenarnya tidak suka bekerja dalam masa yang panjang dengan pendapatan yang kecil. Baginya, lebih baik habiskan masa bermain permainan video kegemarannya!

Hobi Bert ini sangat merisaukan keluarga beliau terutama isterinya. Isterinya berpendapat sememangnya bermain permainan video adalah kerja sia-sia kecuali mereka yang mencipta dan menjual permainan video itu sendiri. Namun Bert membuktikan sebaliknya. . Akhirnya, Bert mendapat satu idea untuk menerbitkan satu buku panduan yang mengandungi pelbagai strategi bermain permainan video yang disukainya. Sasaran pasaran adalah untuk orang sepertinya yang serius bermain permainan video sukan. Tanpa disangka-sangka, pendapatan Bert kini hampir mencecah $300,000 setahun dengan hanya menulis buku berkenaan hobinya!

Konsep lama, medium baru

Pierre Omidyar, pengasas halaman web lelongan di Internet yang mempertemukan pembeli dan penjual dari pelbagai penjuru dunia, mencetuskan idea perniagaannya apabila beliau menawarkan laser pointer (ada versi cerita mengatakan ianya adalah pencetak laser/mesin taip) beliau yang telah rosak untuk dijual secara dibida untuk dilelong kepada orang ramai di halaman web peribadi beliau. Akhirnya laser pointer tersebut berjaya dijual pada harga $14.83.

Sebelum menghantar Omidyar sempat memberitahu bakal pembeli beliau akan kecacatan produk yang hendak dijualnya, namun pembeli menjawab , "Saya memang tahu ia rosak, tetapi saya memang pengumpul mesin-mesin sedemikian."

Omidyar kemudian mendirikan sebuah halaman web untuk mempromosikan barang dagangan temannya tersebut, dan mengundang pedagang dan pembeli lainnya untuk juga mencari pembeli atau penjual di halaman web yang sama. Dalam beberapa bulan setelah pelancaran eBay, jutaan orang telah mengakses halaman web ini. Pierre kemudian mengutip wang perkhidmatan 25 sen sampai 2 dollar bagi tiap penempatan informasi di halaman web ini, dan juga mendapatkan komisen beberapa peratus saja dari jumlah tiap transaksi. Dalam tiga tahun setelah dilancarkan pertama kali tahun 1995, eBay sudah layak ditawarkan di pasaran orang ramai. Tahun 2000, eBay sudah mengundang 22 juta orang untuk bertransaksi (jumlah ini lebih banyak dari jumlah penduduk di beberapa negara bahagian di Amerika Syarikat). Dengan penghasilan yang diperolehnya dari halaman web ini, Pierre akhirnya berhenti dari pekerjaannya sebagai jurutera perisian di sebuah perniagaan dan berkerja sepenuh masa di syarikat yang dibangunnya sendiri.

Jeff Bezos, Amazon.com

Jeff Bezos dari Amazon.com mendapatkan idea perniagaannya daripada memperbaharui idea lama penjualan buku di kedai buku biasa. idea lama ini ia perbaharui: tempat penjualan diperbaharui (bukan di kedai buku, tetapi di Internet). Cara pembayaran dan pengiriman buku juga diperbaharui (lebih dibuat praktikal dan pantas). Praktikal kerana pembeli boleh membayar menggunakan kad kredit bila-bila saja dan dimana saja ia berada. Pengiriman buku juga dibuat lebih pantas, dari pengiriman buku dengan memesan secara tradisional ke kedai buku biasa.

Design by Blogger Templates