E-Kamus-Malaysia

Kelebihan Internet Sebagai Medium Pemasaran

Meskipun anda sudah memiliki perniagaan secara offline sendiri, memasarkan perniagaan anda melalui internet tetap PENTING. Kerana perkara ini yang akan membuat anda selangkah lebih maju daripada pesaing. Bahkan juga boleh melipat gandakan keuntungan anda.

Mengapa begitu? Kerana internet memiliki kelebihan-kelebihan berikut:

Beroperasi 24 Jam/365 setahun. Tidak seperti perniagaan offline dimana perkhidmatannya bergantung pada hari kerja dan waktu kerja, halaman web anda sentiasa tersedia 24 jam serta boleh diakses oleh pelanggan dari mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Pasaran Fokus Dan Tepat. Melalui promosi online, anda secara efektif memasarkan perniagaan berdasarkan pasaran yang difokuskan. Samada dari segi kawasan, minat, keperluan pelanggan, bahasa, dan lain-lain.

Melalui Sistem Automatik Yang Responsif, halaman web anda boleh memberikan respon dengan cepat jika ada pertanyaan atau permintaan. Informasi berkaitan perniagaan anda yang lebih lengkap dapat disampaikan kepada pelanggan. Di zaman yang serba segera ini, keberkesanan dan kecepatan perkhidmatan adalah segala-galanya.

Dengan memiliki sebuah halaman web, imej perniagaan boleh dipertingkatkan. Walaupun anda menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, tetapi melalui kewujudannya secara online, imej perniagaan anda akan dapat dipertingkatkan dibandingkan pesaing yang lain dan anda mampu bersaing dengan perniagaan besar.

Kos pemasaran menjadi lebih murah dan berkesan kerana pemasaran melalui internet sangat terarah dan kos relatif lebih rendah dibanding dengan pemasaran offline. Perniagaan anda juga akan menjadi lebih efektif dan efisien.

Walaupun semakin banyak perniagaan yang wujud secara online dan demikian juga pesaing anda. Kewujudan halaman web perniagaan anda di internet, akan dapat membantu mengukuhkan kedudukan perniagaan anda di kaca mata pelanggan dan anda maju selangkah berbanding pesaing anda yang lain.

Pembangunan perhubungan pelanggan juga lebih efektif kerana internet adalah media yang interaktif. Anda dengan mudah boleh menjalin komunikasi dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan melalui risalah atau newsletter, kajian, undian, forum, mesej atau pesanan, email dll. Pelbagai kelebihan yang boleh disediakan secara auto responsif mampu melayani ramai pelanggan dalam satu waktu yang singkat dan menjimatkan kos, waktu kerja dan tenaga.

Sebenarnya masih banyak lagi cara dan faedah merpromosi secara online. Anda boleh mempelajarinya lebih detail melalui blog ini yang akan saya kongsikan untuk anda secara percuma.

Design by Blogger Templates