E-Kamus-Malaysia

3 Jenis Kaedah Jana Pendapatan Yang Mesti Anda Tahu

Kemungkinan anda bekerja makan gaji dengan mendapat gaji bulanan yang tetap dan selesa selama ini, tetapi tahukah anda bahawa pendapatan makan gaji adalah berada di tangga pertama cara menghasilkan pendapatan kehidupan yang tidak selamat? Tahukah anda jenis-jenis pendapatan lain yang lebih selamat ketika ini?

Semakin canggih kecerdasan kewangan anda, maka hampir boleh dipastikan kekayaan anda akan semakin meningkat. Berikut adalah jenis-jenis pendapatan yang mungkin selama ini telah anda miliki dan ingin mengetahui pula jenis pendapatan yang seperti mana yang mampu mempercepat kebebasan kewangan seseorang.

Robert G. Allen penulis buku "Multiple Streams Of Income"" mengusulkan tiga jenis pendapatan yang mesti anda ketahui :-
1. Pendapatan Linear
2. Pendapatan Residual
3. Pendapatan Multiplikasi

Pendapatan Linear
Pendapatan Linier adalah pendapatan yang berkadar terus dengan kerja yang anda lakukan. Contohnya: anda bekerja sebagai pekerja di sebuah pejabat. Di akhir bulan, anda mendapat gaji RM 1,500.- sebagai hasil pekerjaan anda di bulan yang baru lalu. Bulan depan anda bekerja lagi di pejabat yang sama dan mendapat gaji yang sama di akhir bulan. Anda bekerja dulu, kemudian dibayar. Begitulah seterusnya.
Sama halnya jika anda bekerja sebagai usahawan. Misalnya membuat kek. Bulan ini anda membuat 2000 buah kek, dan anda mendapat untung dari penjualan ke-2000 kek itu. Lalu anda membuat lagi 2000 buah kek di bulan depan dan menjual ke-2000-nya untuk mendapat untung. Pendapatan jenis linear inilah yang banyak dilakukan oleh sebahagian besar masyarakat kita. Namun perhatikanlah: bahawa gaji pegawai swasta atau kerajaan memang tidak dirancang untuk boleh hidup kaya. Paling tidak, hanya cukup untuk sekadar selesa sedikit.

Pendapatan seperti ini tidaklah selamat (insecure), terutama bagi anak-anak anda. Apalagi bila anda tidak ada pencen. Apa yang terjadi kelak bila anda dan pasangan tiada secara tiba-tiba? Apa yang harus menjadi sandaran hidup bagi anak-anak anda? Bila anda dapat menjawab pertanyaan terakhir ini, maka pendapatan anda sudah termasuk kategori aman. Namun kalau tidak, sebaiknya anda terus membaca artikel ini hingga tamat.

Pendapatan Residual (pasif)
Pendapatan Residual juga dikenali sebagai pendapatan pasif adalah royalti yang diberikan atas usaha atau susah payah yang anda lakukan di masa lampau. Bila anda adalah seorang penulis lagu, atau penulis buku, maka anda akan mendapat income dari pendapatan jenis residual ini.

Anak-anak atau waris dari seorang penulis lagu, boleh mendapatkan royalti atas karya ayahnya. Demikian juga waris dari pencipta yang hakciptanya dipatenkan. Honororium dari penulisan buku yang termasuk kategori best seller juga boleh dijadikan pendapatan terus-menerus bagi anak-anak cucu. Jenis pendapatan residual ini lebih selamat dibandingkan pendapatan linear.

Pendapatan residual juga dinikmati oleh para agen insuran. Apabila sebuah polisi dapat dijual oleh agen, maka komisen penjualan ini dapat dinikmati rata-rata hingga 12 bulan ke depan. Pendapatan residual lebih selamat (secure), namun anda harus memiliki kelebihan seperti pencipta lagu, penulis buku, perekacipta, atau bidang kerja yang menghasilkan royalti lainnya. Anda harus menggali ke dalam diri anda sendiri, apakah yang boleh anda hasilkan hingga anda mampu mendapatkan pendapatan jenis ini?

Pendapatan Multiplikasi
Pendapatan Multiplikasi ketika ini hanya terdapat pada perniagaan Jualan Langsung/ Direct Selling/Network Marketing/Multilevel Marketing/Affiliate/Franchisor/Licensor). Pendapatan ini terhasil atas usaha anda di masa lampau, namun terus berkembang dan berganda atas usaha yang dilakukan oleh downline distributor di bawah anda. Jadi anda bukan saja mendapat royalti (pendapatan dari usaha masa lampau), namun akan terjadi penggandaan dari pendapatan itu sendiri. Disini anda tidak bekerja sendiri, tetapi kerja secara berpasukan.

Namun harus diingat, kaedah pendapatan Multiplikasi tidak mungkin terhasil dari skim cepat kaya di internet mahupun di dunia fizikal yang cepat tumbuh dan hilang cepat atau "hit and run". Sistem-sistem piramid sebegini semuanya bersfiat penipuan. Ingat! pendapatan multiplikasi yang sah dan halal adalah berdasarkan daripada keuntungan melalui penjualan barang dan pemesanan pembelian yang berulang (repeat order).
Adanya pasaran, pesanan berulang dan kumpulan pemasar yang anda bina inilah yang akan menghasilkan pendapatan terus-menerus. Sehingga walau anda dan pasangan telah tiada, maka anak-anak anda akan mendapat royalti dan multiplikasi pendapatan dari kumpulan pemasar dan pesanan berulang yang telah dibangun.

Pada mulanya, pendapatan multiplikasi tidaklah terus dinikmati hasilnya. Beberapa pengedar atau distributor yang memulakan membangun pasaran dan kumpulan pemasar jualan langsung biasanya akan mendapat komisen sangat kecil, misalnya RM 10,- di bulan pertama. Lalu meningkat sedikit-demi sedikit menjadi RM 20,- di bulan kedua, dan seterusnya. Setelah satu atau dua tahun pendapatan multiplikasinya akan melebihi gaji di pejabatnya (ribuan ringgit), hingga mereka mula melakukan secara secara sepenuh masa. Beberapa networker telah berjaya mencapai pendapatan puluhan ribu ringgit setelah bertungkus lumus 3 hingga 5 tahun. Ganjaran komisen dan bonus hasil penjualan diperolehi seperti kereta mewah dan rumah. Juga biasanya ada program pelancongan ke luar negeri dan insuran. Bolehkah anda mendapatkan gaji puluhan ribu setelah 3 tahun berkerja dengan pekerjaan anda sekarang?

Kenapa pendapatan multiplikasi dikatakan paling lumayan? Katakanlah ketika ini anda memiliki 100 pasukan pemasar di group anda yang menghasilkan pendapatan lebih dari RM20 ribu sebulan. Di saat ini anda boleh pencen dan meluangkan masa untuk bersama keluarga, dan secara automatik anda sudah boleh menikmati pencen muda dengan nilai sangat besar. Sementara jaringan anda akan tetap berkembang berlipat ganda, yang mengembangkan pendapatan bulan depan akan lebih besar dari bulan ini. Seandainya anda suami isteri sudah tiada, maka pendapatan multiplikasi ini tdapat dinikmati oleh anak-anak anda.

Adakah anda mempunyai pendapatan multiplikasi seperti di atas? Mungkin gaji anda sudah cukup untuk hidup sebulan di ketika ini. Tapi apakah yang bakal terjadi pada masa depan bila anak-anak anda sudah besar dengan kos hidup yang semakin meningkat?
*Hakikatnya sistem pendapatan multipilikasi sememangnya 'cantik' dan boleh berjalan dengan baik secara teorinya di atas kertas, tetapi realiti sebenarya bagaimana? Cuba anda fikirkan dengan mengambil kira hakikat yang berlaku disekeliling anda. Adakah tidak individu yang telah membuktikan teori multiplikasi ini berjaya?

Design by Blogger Templates